Salam sejahtera buat semua.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sudah menjadi kebiasaan untuk saya makan mee segera sejak dua bulan berada di Singapura. Bukan setakat jimat, tapi paling mudah dan senang kalau nak dimasak.
Bosan juga sebenarnya kalau makan mee segera macam tu je walaupun ada pelbagai jenis pilihan. Untuk ada kelainan, haruslah masuk telur sebiji.
Paling menjadi kelainan ialah apabila campur sekali keju di atas telur dadar. Letak masa telur dadar masih panas, maka hasilnya keju jadi cair. Rasa yang terbaik apabila masuk dalam mulut.
Cuba la sendiri kalau nak tahu apa yang best tu. Bagi yang gemar makan keju, pasti faham kenikmatan makan keju yang cair dengan telur dadar.
beliamuda: Kalau mee segera yang ada kuah tu, nak masuk juga ke keju dalam tu? =P